SKOP KERJA,GAJI DAN SYARAT LANTIKAN PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29

Share:
Antara berikut adalah deskripi tugas atau skop kerja PENOLONG  JURUUKUR BAHAN GRED JA29.

Kumpulan : pelaksanaan
kementerian/jabatan : Jabatan Kerja Raya/Pelbagai Jabatan/Agensi









DESKRIPSI TUGAS 


  • Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal.
  • Membuat pengukuran kuantiti (taking off)
  • Menyediakan dokumen tender dan kontrak
  • Menyediakan perakuan bayaran interim
  • menyediakan arahan perubahan kerja
  • Perakuan akaun dan bayaran muktamad 
  • Mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan
  • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa


JADUAL GAJI

  • Gaji minimum : RM 1,549.00
  • Gaji maksimum : RM 5,701.00
  • Kadar kenaikan gaji : RM 145.00


SYARAT LANTIKAN 

a.  warganegara Malaysia 
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan 
c.  i. mempunyai sijil dalam bidang ukur bahan diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred JA29 : RM 1,549.00), atau
     ii..Mempunyai diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred JA29 : RM 1,935.02) 


syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 



SUMBER :SPA

Semoga perkongsian ini tentang skop kerja,gaji dan syarat lantikan dapat menjadi rujukan buat para pemohon.selamat maju jaya