i-Citra KWSP: Semak Syarat Pengeluaran RM1,000 sebulan

Share:



Sejak pandemik COVID-19 yang melanda negara, kerajaan telah melaksanakan tujuh program bantuan dan pakej ransangan dengan nilai keseluruhan berjumlah 380 bilion ringgit. Setakat ini, sebanyak lebih 200 bilion ringgit telah disalurkan dan memberi manfaat kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan. 



Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup. 
 

Siapakah yang layak memohon?

i. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap

ii. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.


Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

i. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000

ii. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan,

iii. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan

iv. Bayaran minimum adalah RM50

v. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1

vi. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)


Cara memohon i-Citra

Permohonan hanya secara dalam talian melalui Portal icitra.kwsp.gov.my Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 julai 2021. Maklumat lnjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat. rujuk sini

permohonan boleh dibuat mulai 15 JULAI 2021 hingga 30 SEPTEMBER 2021

Bayaran i-Citra bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra.

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP
  4. Hotline i-Citra di talian 03-89224848