JAWATAN KOSONG DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Share:

Latar belakang 

Jabatan Perangkaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Ordinan Statistik 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik.Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad hanya kepada data Perdagangan Luar Negeri dan Pertanian Ladang.

Pada tahun 1965, Biro Statistik telah bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi dibawah peruntukan Akta Perangkaan 1965.Fungsi dan peranan jabatan seterusnya telah berkembang dimana data/maklumat yang dikumpul semakin meluas merangkumi bidang ekonomi dan juga sosial.

Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan dibawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut,mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga Pembangunan Sosial Negara.

Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga pejabat di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri,Pejabat-Pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.


[jawatan kosong] DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA telah mempelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan. Antara jawatan yang di tawarkan adalah;

  1. PEMBANTU PERANGKAAN-PSH
  2. PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN-PSH


Cara memohon :


Permohonan hendaklah dibuat secara online di portal JOBSMALAYSIA. Bagi permohonan kali pertama, pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan jawatan kosong ini. pemohon wajib mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dalam sistem ini. hanya calon yang layak sahaja akan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam masa enam bulan dianggap tidak berjaya. 

Tarikh tutup permohonan : 31 MAC 2020