Latar belakang
Pada umumnya, Majlis Bandaraya Ipoh Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah Pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir kawasan Bandaraya Ipoh berasaskan kepentingan tempatan, begitu juga sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan penduduk berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan unggul.
[jawatan kosong] MAJLIS BANDARAYA IPOH . Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan. Antara jawatan yang di tawarkan adalah;
- PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29
- PEGAWAI PERANCANGAN BANDAR DAN DESA GRED J41
- PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA19
- PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19
- PENOLONG JURUUKUR GRED JA29
Cara memohon:
Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari web Majlis Bandaraya Ipoh di www.mbi.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Portal Perak Digital (Aplikasi Kerajaan Negeri Perak)
Tarikh tutup permohonan: 5 MAC 2020
