JAWATAN KOSONG DI MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Share:



Latar belakang

Pulau Pinang adalah sebuah daripada tiga belas negeri di Malaysia yang terletak di sebelah utara Semenanjung. Kerajaan Tempatan merupakan peringkat ketiga di dalam struktur pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kerajaan Tempatan wujud di Pulau Pinang sejak tahun 1856.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 15 Disember 1976 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Seterusnya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang pada 1 Januari 2015.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang mentadbir kawasan seluas lebih kurang 305.77 kilometer persegi dengan bilangan penduduk berbilang kaum seramai lebih kurang 722,300 orang. Majlis merupakan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan untuk Pulau Pinang (Pulau). Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.
Jemaah pentadbiran Majlis terdiri daripada seorang Datuk Bandar dan 24 orang Ahli Majlis. Mereka dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis ialah selama setahun.


[jawatan kosong] MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG  telah mempelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan. Antara jawatan yang di tawarkan adalah;
  1. PAKAR PENASIHAT KEJURUTERAAN GEOTEKNIKAL


Perihal jawatan
  • Pengalaman : Melebihi 15 tahun dalam bidang Geoteknikal
  • Julat gaji : RM20,000 sehingga RM25,000 sebulan
  • Lantikan secara "Contract for Service" bagi tempoh sepuluh tahun dan pembaharuan kontrak adalah setiap satu tahun.
Kelayakan dan kriteria keutamaan
  • Ijazah Kejuruteraan Awam yang baik hingga cemerlang.
  • Berpengalaman dalam reka bentuk dan analisis geoteknikal serta kejuruteraan kawasan cerun/bukit.
  • Mahir dalam piawaian dan spesifikasi jabatan/agensi kerajaan berkaitan kejuruteraan geoteknikal.
  • Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris secara lisan dan penulisan.
  • Sihat tubuh badan dan berkeupayaan untuk memantau kawasan tapak bercerun dan berbukit.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang bermastautin di Pulau Pinang dan kesediaan untuk bermastautin di Pulau Pinang.
  • Keutamaan diberikan kepada Pemegang Ijazah Lanjutan atau yang memiliki kelayakan profesional yang setara.
  • Mahir dalam perisian komputer berkaitan kejuruteraan geoteknikal.

Cara memohon :


Semua permohonan/CV yang lengkap dan dokumen sokongan yang berkaitan perlu dibuat menerusi alamat emel perjawatan@mbpp.gov.my mulai 14 Januari 2020

Tarikh tutup permohonan : 13 MAC 2020