KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020

Share:





Anda diminta untuk mengemaskini Bantuan Sara Hidup bermula 1 Februari di portal rasmi BSH. 
Kepada penerima BSH fasa pertama sebelum ini, anda diwajibkan mengemaskini Bantuan Sara Hidup secara online atau hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan. 

Anda berkemungkinan tidak akan menerima BSH fasa kedua dan ketiga jika gagal mengemaskini maklumat BSH yang akan menyebabkan permohonan BSH anda tidak akan diproses. 

Tarikh kemaskini permohonan BSH 2020

Dibuka : 1 Februari 2020
Ditutup : 15 Mac 2020


TERDAPAT 2 CARA UNTUK KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2020

1. ATAS TALIAN (ONLINE)

Maklumat peribadi boleh dikemaskini secara atas talian (online) di portal rasmi MYBSH yang dikendalikan  oleh lembaga hasil dalam negeri Malaysia (LHDNM).

Salinan pengemaskinian maklumat BSH adalah disarankan untuk dicetak sebagai rujukan


  • Panduan kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 secara atas talian (ONLINE) boleh rujuk DISINI
  • Kemaskini Bantuan Sara Rakyat (BSH) 2020 secara atas talian (ONLINE) boleh rujuk DISINI

  \
2. MANUAL

Pemohon boleh berkunjung ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di portal rasmi BSH bagi mendapatkan borang manual kemaskini BSH bagi mendapatkan borang manual kemaskini BSH

Borang kemaskini maklumat yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir kemaskini.


  • Borang kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 secara manual DISINI