PEGAWAI PERTANIAN GRED 41

Share:


Antara berikut adalah skop kerja, gaji dan syarat lantikan PEGAWAI PERTANIAN GRED 41

kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kemnterian/Jabatan: Kementerian/Jabatan Pertanian 


DESKRIPSI TUGAS

  • Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti dan program Jabatan Pertanian dalam industri tanaman makanan.
  • Memberi khidmat kepakaran teknikal pertanian kepada pelanggan melalui program pengembangan Jabatan. 

JADUAL GAJI


  • Gaji minimum : RM 2,084.00
  • Gaji maksimum : RM 9,551.00
  • Kadar kenaikan gaji : RM 225.00


SYARAT LANTIKAN 

a.  warganegara Malaysia 

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan 
c.  
  i mempunyai ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kimia,biokimia,pertanian,hortikultur,bioindustri,bioternologi,perniagaan tani,pengeluaran makanan,teknologi makanan,agroterkologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred G41 : RM 2,390.37), atau
    
           ii..Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred G41 : RM 2,492.57) 


syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

syarat peningkatan secara lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) mempunyai kelayakan di perenggan c(i) dan;
(b) had umur pelantikan;
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

SUMBER :SPA


Semoga perkongsian ini tentang skop kerja,gaji dan syarat lantikan dapat menjadi rujukan buat para pemohon.selamat maju jaya