PERMOHONAN BARU BSH 2020

Share:


PERMOHONAN BARU BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020

Pemohonan baru boleh dibuat secara online atau dengan mengisi borang permohonan manual.

  1. Borang permohonan boleh dimuat turun dan dihantar ke Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Muat turun DISINI atau diisi secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BSH LHDNM.Borang permohonan online DISINI .  Penghantaran melalui faks dan e-mel adalah TIDAK DITERIMA 
  2. Maklumat perlu diisi dalam Bahasa Malaysia. Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR dengan menggunakan pen.
  3. Bagi yang pernah memohon BSH, boleh mengemaskini permohonan jika terdapat perubahan maklumat.
  4. Pemohon boleh membuat semakan status secara online di Portal Rasmi BSH


Kelayakan permohonan BSH2020

Kategori kahwin atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda mempunyai anak atau bujang berumur 60 tahun dn ke atas
  •  Warganegara Malaysia Yang Menetap di Malaysia Sahaja 
  • lelaki atau perempuan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.
Kategori bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda tidak mempunyai anak 
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  • lelaki atau perempuan  bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM2,000 dan ke bawah.
  • Had umur adalah 40 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun dan ke atas bagi Orang Kurang Upaya (OKU)


kategori jumlah dan syarat kelayakan bsh 2020

Berikut adalah maklumat kategori bsh 2020 berdasarkan pembentangan bajet 2020 sebagai rujukan

ISI RUMAH (1) - RM1,000
  • Individu Yang Berpendapatan Kasar Bulanan :RM 2,000 ke bawah 
  • Warganegara Malaysia Yang Menetap Dimalaysia Sahaja

ISI RUMAH(2) - RM750
  • Individu Yang Berpendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah;RM2,001 hingga RM3,000 (termasuk warga emas )

ISI RUMAH (3) - RM500
  • Individu Yang Berpendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)

KADAR TAMBAHAN ANAK - RM120
  • Setiap Anak Yang Berumur 18 tahun ke bawah 
  • Tiada Had Umur Untuk Anak OKU 
  • Terhad Kepada 4 Orang sahaja

BUJANG - RM300
  • Individu yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,000
  • Warganegara yang menetap di malaysia sahaja
  • Berusia Melebihi 40 tahun

OKU - RM300
  • Individu Yang Berpendapatan Bulanan Kurang Daripada RM2,000
  • Warganegara Yang Menetap Di Malaysia Sahaja
  • Berusia 18 tahun dan ke atas.