Kumpulan : pelaksanaan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
kementerian/jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis.
DESKRIPSI TUGAS
- Tiada pengkhususan tugas
JADUAL GAJI
- Gaji minimum : RM 1,352.00
- Gaji maksimum : RM 4,003.00
- Kadar kenaikan gaji tahunan : RM 100.00
SYARAT LANTIKAN
berikut adalah syarat-syarat lantikan bagi pembantu setiausaha pejabat N19
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
sumber :SPA
Semoga perkongsian ini tentang skop kerja, gaji dan syarat lantikan dapat menjadi rujukan buat para pemohon. selamat maju jaya
