Antara berikut adalah deskripsi tugas atau skop kerja PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29 besertakan had gaji dan syarat-syarat kelayakan
Kumpulan : pelaksanaan (Skim Perkhidmatan Bersepadu )
Kementerian/jabatan : Jabatan Kerja Raya/Jabatan/Agensi/Pihak Berkuasa Tempatan
DESKRIPSI TUGAS
- Bertanggungjawab ke atas Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pendirian Bangunan.
- Permohonan Pelan Susun Atur
- Permohonan Kelulusan Landskap
- Permohonan Pemasangan Papan Tanda Bangunan Komersial dan Bangunan Pejabat Kerajaan.
- Menyelaras pengeluaran surat sokongan Perakuan Kelayakan Menduduki Bangunan (CF).
- Permohonan ubahsuai bangunan, reka bentuk ruang pameran dan bahan-bahan pameran.
- Ulasan cadangan pencahayaan bangunan dan ulasan cadangan reka bentuk dalaman bagi bangunan-bangunan di bawah penyelian jabatan serta lain-lain tugas yang berkaitan.
JADUAL GAJI
- Gaji minimum : RM1,549.00
- Gaji maksimum : RM5,701.00
- Kadar kenaikan gaji : 145.00
SYARAT LANTIKAN
a.
warganegara Malaysia
b. berumur
tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan KELAYAKAN
LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29.
c.
i. Sijil dalam bidang
seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaa pada Gred JA29 :
RM1,549.00) atau
ii. Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1.935.02)
Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Sumber :SPA
Semoga perkongsian ini tentang skop kerja, gaji dan syarat lantikan dapat menjadi rujukan buat para pemohon. selamat maju jaya
