TEMUDUGA TERBUKA DI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
SEJARAH DBKL
Ditubuhkan pada 1 Februari 1972 serentak dengan pengisytiharaan Kuala Lumpur sebagai bandar raya pertama di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama ialah Allahyarham Tan Sri Lokman Yusof yang juga Pesuruhjaya Tinggi Ibu Kota masa itu.
DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar di dalam dewan badaraya, yang mana ia dilantik setiap tiga tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam tahun 1970.
Temuduga terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Febuari 2020. permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan. Antara jawatan yang ditawarkan sebagai pekerja sambilan harian (PSH) adalah
- PENOLONG JURUUKUR
- PENOLONG JURUTERA ELEKTRONIK
- PENOLONG JURUTERA AWAM
Status : pekerja sambilan harian (PSH)
Gaji sehari : RM 72.00
Tarikh temuduga terbuka : 25 FEBRUARI 2020
Masa pendaftaran : 8:30 pagi - 10:30 pagi
Tempat temuduga terbuka : INSTITUT LATIHAN DBKL (IDB) NO.19,JALAN YAAKOB LATIF (JALAN TENTERAM) BANDAR TUN RAZAK 56000 KUALA LUMPUR.
Bagi calon yang berminat untuk menghadiri temuduga terbuka ini hendaklah berumur 18 tahun pada tarikh temuduga diadakan. bagi mengetahui lebih lanjut tentang syarat-syarat pelantikan, sila melayari portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.
DOKUMEN ASAL DAN SALINAN YANG HARUS DIBAWA
- Kad pengenalan;
- Sijil kelahiran;
- Sijil SPM, Sijil Politeknik dan Diploma; *slip keputusan SPM, Sijil Politeknik dan Diploma tidak diterima;
- Lesen memandu / lesen tempoh percubaan (P) yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
- Sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
CATATAN
- Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM, Sijil Politeknik dan Diploma, Lesen Memandu dan semua dokumen di atas wajib DISAHKAN;
- Calon lelaki dikehendaki berpakaian seluar panjang hitam dan berbaju kemeja berserta kasut hitam;
- Calon perempuan hendaklah berpakaian kebangsaan dan kasut hitam bertutup;
- T-Shirt; jeans dan kasut sukan TIDAK DIBENARKAN;
- Kegagalan calon menyediakan dokumen yang lengkap dan tidak mematuhi syarat dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani temuduga terbuka ini.
Iklan kekosongan jawatan dan syarat kelayakan.
Tarikh iklan disiarkan : 18 Februari 2020
Tarikh tutup iklan : 25 FEBRUARI 2020