Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua didunia. Ditubuhkan pada tahun 1951,KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu,selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik,KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik,agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan ,holistik dan saksama untuk semua rakyat malaysia.
Berikut adalah pengumuman terkini oleh perdana menteri mengenai pengeluaran KWSP akaun 2 akibat covid -19
- Kerajaan mengumumkan pengeluaran i-lestari bagi pencarum kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) berjumlah RM40 bilion
- Menerusi kemudahan ini,semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh melakukan pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan iaitu dari bulan april 2020 hingga bulan mac 2021
Mereka yang layak membuat pengeluaran i-Lestari adalah
- Warganegara malaysia dan pemastautin tetap
- Berumur dibawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan di dalam akaun 2 tertakluk kepada baki akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
- Bukan Warganegara Malaysia (fasa 2)
Permohonan boleh dilakukan mulai 1 april 2020 secara pos dan emel.
Secara pos/pos berdaftar ke alamat:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)
ATAU
Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (borang akan dimuat naik)
Permohonan juga boleh dilakukan secara online pada 1 mei 2020
Secara dalam talian (e-pengeluaran melalui i-akaun)
Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli
Bayaran pengeluaran i-lestari akan mula dibuat mulai mei 2020 dan ahli KWSP akan menerima bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021