AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM), sebuah badan Amanah Persedirian di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar. Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor.
Penyelidikan bertindak ini yang diketuai oleh Profesor David S. Gibbons dan Profesor Sukor Kasim adalah untuk menguji Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasakan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.
[Jawatan kosong] AMANAH IKHTIAR MALAYSIA. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan. Antara jawatan yang di tawarkan adalah;
- PEGAWAI EKSEKUTIF AKAUN GRED E2 (PEGAWAI EKSEKUTIF)
- PEGAWAI EKSEKUTIF KOMUNIKASI KORPORAT (PEREKA LAMAN SESAWANG & APLIKASI MUDAH ALIH) GRED E2 (PEGAWAI EKSEKUTIF)
Cara memohon
Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan
- Surat Permohonan atau Resume
- Salinan Sijil Akademik
- Salinan Lesen Memandu
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Kelahiran
- Sekeping Gambar Berukuran Pasport
PENGURUS SUMBER MANUSIA
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar
No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A
Bandar Sri Damansara PJU9
52200 Kuala Lumpur
Tel: 03-6274 8810 Faks:03-6274 8863
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga
Tarikh tutup permohonan: 10 MAC 2020
