[jawatan kosong] MARDI . Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MARDI sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
- PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
- JURUTERA GRED J41
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
Cara memohon
- Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-jawatan) sepenuhnya dengan melayari http://ejawatan.mardi.gov.my/ . Bagi permohon yang pertama kali haruslah mendaftar di Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-jawatan). kemudian pemohon harus memohon jawatan yang berkaitan.
- Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport. (Gambar swafoto/selfie tidak dibenarkan). Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat perhubungan (nombor untuk dihubungi dan alamat emel) yang terkini.
- Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Manakala, calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan : 15 MAC 2020