[Jawatan kosong] MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN. Adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan berikut. Antara jawatan yang ditawarkan adalah:
- PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41
- PENOLONG JURUAUDIT GRED W29
- PEMBANTU AWAM GRED H11
Cara-cara memohon
Sila klik pautan "IKLAN DAN SYARAT KELAYAKAN" di bawah bagi mengetahui lebih lanjut maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja kosong yang ditawarkan tersebut.
Pemohon perlu mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam pautan ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Calon hendaklah mengisi borang yang terdapat di laman web www.mplbp.gov.my
Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan sijil kelahiran dan sijil-sijil kelulusan PERLU diperakui sah sebagai salinan sebenar oleh pegawai kerajaan kumpulan A (Gred 41 ke atas) sahaja. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada :
YANG DIPETUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN
Tarikh tutup permohonan: 16 JULAI 2020