[Jawatan kosong] BADAN KAWALSELIA AIR JOHOR. Adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia, keutamaan diberi kepada Rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan di Badan Kawalselia Air Johor. Antara jawatan yang ditawarkan adalah:
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
- PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19
- PEMBANTU AWAM GRED H11
Cara-cara memohon
Permohonan hendaklah dengan menggunakan BORANG BAKAJ.01 yang boleh dimuat turun melalui Laman Sesawang www.johor.gov.my dan boleh diperolehi daripada pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat.
Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan deng sekeping gambar berukuran passport dan dokumen-dokumen seperti berikut:
(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(ii) Sijil Berhenti Sekolah
(iv) Lain-lain sijil / Diploma / Ijazah / surat akuan berkaitan
Semua salinan dokumen tersebut hendaklah diakui salinan sah oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B / Penghulu, Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret / Peguam . Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat:
PENGARAH.
BADAN KAWALSELIA AIR JOHOR (BAKAJ)
ARAS 4, BANGUNAN DATO' MOHAMAD IBRAHIM MUNSYI,
79630 KOTA ISKANDAR, ISKANDAR PUTERI,
JOHOR DARUL TA'ZIM.
Sila nyatakan jawatan yang dipohon sidebelah kiri atas sampul surat permohonan
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA.
Segala maklumat dan iklan serta syarat kelayakan sila rujuk dibawah.
Tarikh tutup permohonan : 15 DISEMBER 2020
