[Jawatan kosong] JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI JOHOR. Adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi mengisi kekosongan jawatan kontrak seperti berikut. Antara jawatan yang dirawarkan adalah:
- PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
- PEMANDU KENDERAAN GRED H11
Cara-cara memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang PMJ/PER/01/2020 yang boleh didapati di laman sesawang http://jpbd@johor.gov.my atau dikaunter PLANMalaysia@Johor ( Jabatan Perancanfgan Bandar dan Desa Negeri Johor), Tingkat 1, Bangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, 79646, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan dengan dokumen-dokumen salinan sah :
- Gambar Berukuran Pasport
- Sijil Kelahiran
- Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
- Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( sekiranya berkaitan)
- Salinan Diploma serta salinan transkrip (sekiranya berkaitan)
- Salinan Ijazah serta salinan transkrip (sekiranya berkaitan)
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantarkan kepada alamat seperti dibawah
PENGARAH
PLANMalaysia@Johor
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor),
Tingkat 1, Bangunann Dato' Mohamad Salleh Perang,
79646 Kota Iskandar,
Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim.
Tarikh tutup permohonan : 22 NOVEMBER 2020