[Jawatan kosong] MAJLIS DAERAH RAUB. Adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia, keutamaan diberi kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan di Majlis Daerah Raub. Antara jawatan yang ditawarkan adalah:
- PEGAWAI TADBIR GRED N41
- PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
- PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
- PEMANDU KENDERAAN GRED H11
- PEMBANTU AWAM GRED H11
Cara-cara memohon :
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Raub yang boleh dimuat turun melalui laman Web Majlis Daerah Raub di www.mdraub.gov.my
permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil kelahiran, sijil persekolahan, salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pegawai kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan gambar passport berukuran 5 x 4sm. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A perenggan 18
Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH RAUB
27600 RAUB
PAHANG DARUL MAKMUR
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh pemohon sendiri.
Tarikh tutup permohonan : 4 DECEMBER 2020
