PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu:
- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat,
- Menyokong Perniagaan dan
- Meningkatkan Vaksinasi
Apakah GKP 4.0?
GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Jumlah dan Tarikh Bayaran
Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan dibawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu:
- RM500 akan dibayar pada bulan September dan
- RM500 akan dibayar pada bulan November 2021
Kepada usahawan mikro yang masih belum pernah mendapat bantuan ini, pendaftaran akan mula dibuka pada pertengahan Julai nanti.
Maklumat lanjut
Pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/
Baca juga : i-Citra KWSP - Semak Syarat Pengeluaran RM1,000 sebulan

