JAWATAN KOSONG LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH ~ Tarikh tutup 18 NOVEMBER 2021

Share:

 


[Jawatan Kosong] Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. keutamaan diberi kepada calom yamh menetap di Negeri Kedah. Antara jawatan yang ditawarkan adalah:

  1. PENOLONG PENGURUS EKSEKUTIF GRED Z7

Cara-cara memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh didapati dalam Laman web LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen seperti berikut:
  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport
  • Kad Pengenalan
    • Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
    • Sijil berhenti sekolah
    • Sijil akademik (SPM/DIPLOMA/IJAZAH)
    Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah:

     a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat yang berukuran 229 mm x 423 mm dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos)

     b) Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

    Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup permohonan:

    KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
    LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
    MENARA ZAKAT
    JALAN TELOK WANJAH
    05200 ALOR SETAR
    KEDAH DARUL AMAN
    (u/p: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia) 


    Calon hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA jika tidak menerima sebarang makluman selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan. 

    Tarikh tutup permohonan : 18 NOVEMBER 2021