JAWATAN KOSONG MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA ~ Tarikh tutup 22 NOVEMBER 2021

Share:

 [Latar Belakang] MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA bermula dengan penubuhan Majlis Daerah Petaling (MDP) pada 1 Januari 1977 dengan dua Pelan Warta (PW) iaitu PW 463 dan PW 511 melipurti sebahagian kecil Daerah Petaling. MDP telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 26 bertarikh 2 Januari 1997.Kawasan Pentadbiran MPSJ adalah seluas 16180.00 hektar sebahagian daripada keluasan Daerah Petaling yang meliputi Mukim Petaling dan Mukim Damansara. Keluasan pentadbiran MPSJ adalah merujuk kepada Pelan Warta 1192.

Kemudian, MPSJ telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya yang dikenali dengan Majlis Bandaraya SubangJaya pada 20 Oktober 2020 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bil.jil.73 No. 21 bertarikh 8 Oktober 2020.



[Jawatan Kosong] Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang terdiri daripada ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Antara jawatan yang ditawarkan adalah: 

  1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41
  2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
  3. PEMBANTU AM GRED H11
Cara-cara memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara online. Sila muat turun Maual Tatacara Permohonan Jawatan Kosong


Tarikh Tutup Permohonan : 22 November 2021