JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Share:

 

[Jawatan kosong] MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN dengan ini mempelawa jawatan kosong kepada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kelantan dan berumur 18 tahun dari tarikh tutup permohonan. Antara jawatan yang ditawarkan adalah:
  1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
  2. PENYELIA ASRAMA GRED N19
Cara-cara memohon
  1. Permohonan hendaklah dibuat melalui link https://bit.ly/3fnMnQ
  2. Slip Pengesahan Permohonan hendaklah dicetak dan dikembarkan bersama RESUME dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan.
  3. Permohonan akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.
  4. RESUME lengkap yang disertakan gambar berukuran passport hendaklah mengandungi maklumat berikut:
  • Maklumat diri
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor telefon bimbit
  • Maklumat akademik
  • Maklumat ko-kurikulum
  • Pengalaman kerja
  • Rujukan

  • Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 
Tarikh tutup permohonan : 31 JANUARI 2022