JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Share:


JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) DALAM PELBAGAI JAWATAN DI BAHAGIAN AKADEMIK, PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN DI UITM.


Pelbagai jawatan yang ditawarkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Jawatan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Bagi jawatan pentadbiran permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Bumiputera sahaja.

Para pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Bagi had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan. 

Antara jawatan dan syarat kelayakan boleh klik DISINI


Cara memohon :

Kepada yang bukan staf UiTM 
  1. Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman sesawang UiTM http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ 
  2. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 16/02/2020- 02/03/2020 dengan menggunakan kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter Cawangan BSN dengan bayaran RM10.00
  3. Sila nyatakan 'Jawatan Kosong UiTM' semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
  4. Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk satu jawatan yang diiklankan sahaja.
  • Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/ Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
  • Pemohon tidak perlu mengisi maklumat CGPA pada ruangan CGPA di BAHAGIAN D- Maklumat Institut Pengajian Tinggi sekiranya memiliki kelayakan akademik dati universiti yang tidak menggunakan sistem CGPA

Kepada staf UiTM
  • Permohonan dari staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana perlantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi online melalui Portal I- Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf

Tarikh tutup iklan : 2 Mac 2020

BACA JUGA > TEMUDUGA TERBUKA DBKL