SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020
Semakan secara online
Bagi pemohon yang ingin membuat semakan status BSH, anda boleh melayari Portal Rasmi BSH seperti di bawah. SEMAKAN DISINI . Caranya hanya masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
Semakan status BSH melalui telefon.
Pemohon juga boleh menyemak status BSH dengan menelefon nombor hotline BSH Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / atau nombor bebas tol BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2747. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Semakan menggunakan aplikasi mobile BSH
Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup boleh di muat turun di Google PlayStore atau Appstore pada telefon bimbit.
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM
Bagi yang telah lulus dan ingin mengetahui bila anda akan dapat duit BSH, sila rujuk Tarikh Pembayaran/ Agihan BSH. duit BSH lazimnya dibank-in terus ke dalam akaun atau diagih dalam bentuk tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun.
INDIVIDU YANG TIDAK LAYAK MENERIMA BSH 2020
Berikut adalah senarai kriteria atau individu yang tidak layak menerima BSH bagi tahun 2020 sebagai rujukan.
- Mempunyai pendapatan seisi rumah melebihi jumlah RM4,000
- Sedang bekerja dan tinggal di luar negara Malaysia.
- Bujang berusia 39 tahun ke bawah (warga emas tinggal sebatang kara layak mendapat BSH)
- Pasangan bukan warganegara / ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Tidak berjaya mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan.
- Mempunyai pemilikan kenderaan bagi tahun buatan / daftar tahun 2016 dan ke atas berdasarkan kapasiti enjin kenderaan seperti berikut :
- Kenderaan keluaran dalam negara yang melebihi 2000cc
- Kenderaan keluaran luar negara yang melebihi 1400cc
- Motosikal yang melebihi 500cc
7. Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000
Baca juga > PERMOHONAN BARU BSH 2020